Taman industri Northern TechValley @ BKE sasar pelaburan bernilai tinggi

BUKIT MERTAJAM: Suling Hill Development Sdn Bhd melancarkan Northern TechValley @ BKE, projek taman perindustrian yang diunjurkan mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.3 bilion.

Terletak di sebelah Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Northern TechValley @ BKE ialah usaha sama antara Suling Hill dan penyedia penyelesaian ruang industri terkemuka AME Elite Consortium Bhd dan pemaju hartanah terkenal Majestic Gen Sdn Bhd.

Pengarah Suling Hill Development, Ta Wee Dher, berkata Northern TechValley seluas 176 ekar mewakili pengembangan pertama AME Elite dalam pembangunan taman perindustrian bersepadu yang memenangi anugerah di luar Johor dan telah menarik syarikat domestik dan multinasional terkemuka daripada industri bernilai tambah tinggi.

Beliau berkata, mewujudkan persekitaran kondusif yang memenuhi keperluan syarikat global dan domestik, ia bertujuan menjana peluang pekerjaan dan mengukuhkan rantaian bekalan tempatan.

Disyorkan

“Inisiatif ini penting untuk meningkatkan daya tarikan pelaburan Pulau Pinang dan meletakkan negeri ini sebagai destinasi utama untuk pelaburan dan inovasi berkualiti tinggi di rantau ini.

“Pasukan kami yang berdedikasi telah merancang dengan teliti projek ini sebagai pembangunan perindustrian hijau, menggabungkan ciri-ciri yang direka untuk mengurangkan kesan alam sekitar sambil mengejar pensijilan GreenRE.

“Taman ini termasuk gaya hidup yang komprehensif dan kemudahan rekreasi yang mengutamakan kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat,” katanya berucap pada pelancaran Northern TechValley @ BKE, di sini, hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif InvestPenang, Datuk Loo Lee Lian.

Mengulas lanjut, Wee Dhe berkata lokasi perdana Northern TechValley di sebelah BKE memastikan ketersambungan yang sangat baik melalui rangkaian jalan raya utama, termasuk Lebuhraya Utara-Selatan, membolehkan pengurusan logistik dan rantaian bekalan yang cekap, selain terletak berdekatan dengan landasan kereta api utama, pelabuhan dan lapangan terbang meningkatkan lagi keupayaan logistik.

Beliau berkata, Northern TechValley menawarkan penyelesaian ruang sehenti fleksibel yang disesuaikan dengan keperluan operasi yang pelbagai, membolehkan syarikat mengoptimumkan operasi dan mempercepatkan rancangan pengembangan.

Katanya, ia juga menampilkan utiliti yang mantap, bekalan kuasa dan air yang boleh dipercayai, dan internet gentian optik berkelajuan tinggi.

Menurutnya, Northern TechValley dijangka siap pada 2029.

Sementara itu, Kon Yeow berkata kerja tanah dimulakan pada Ogos dan pembinaan dijangka bermula pada separuh pertama 2025.

“Pelaburan ini menggambarkan keyakinan perniagaan tempatan dan global terhadap potensi Northern TechValley untuk menjadi hab perindustrian yang berkembang maju dan merupakan bukti daya tarikan berterusan Pulau Pinang sebagai destinasi untuk industri inovatif dan bernilai tinggi,” tambahnya.

More related articles

Facebook
Twitter
LinkedIn